AS PUJI PERANCANGAN MISI SAR DISELARASKAN KERAJAAN MALAYSIA #MH370



KUALA LUMPUR 13 Mac - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) memuji misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang diselaraskan oleh kerajaan Malaysia.

Jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut AS, Komander William Marks berkata, perancangan dan pelaksanaan yang dijalankan kerajaan di kedua-dua ruang perairan dan udara juga disifatkan sebagai sangat luar biasa.

Katanya, usaha tersebut dikendalikan dengan sangat teratur terutama dalam memastikan koordinasi lebih 10 negara yang terlibat dalam SAR tersebut berjalan lancar.

"Semua (usaha SAR) diselaraskan oleh kerajaan Malaysia. Mereka menyelaras kedua-dua ruang perairan dan pengurusan ruang udara. Saya memberi mereka banyak kredit.
"Mereka melakukan apa yang saya panggil sebagai satu kerja luar biasa.

"Perkara ini adalah seperti sebuah papan catur yang besar di luar sana, benar-benar seperti menggerakkan catur di sekitar (kawasan SAR) dan ia berbentuk tiga dimensi, ada ruang air dan ruang udara," katanya ketika ditemubual New York Times baru-baru ini.
Tambah William, sekiranya kerajaan Malaysia tidak melaksanakan kerja penyelarasan dengan baik, kemalangan pasti akan berlaku.

Jelas beliau, kerajaan mempunyai perancangan yang sangat teratur berhubung misi SAR selain cekap dalam membuat tugasan terutama menjejaki semua aset yang tiba dari luar.
"Kita pandang tinggi kerajaan Malaysia terutama apabila membuat tugasan kerana mereka sangat cekap dan sangat profesional," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pasukan SAR berdepan dengan situasi yang sangat sukar dan mencabar dalam mencari pesawat berkenaan.

"Kita mendengar laporan mungkin pesawat berpatah balik. Jadi kita sedang mencari di kawasan utama Selat Melaka sekiranya MH370 berbuat demikian.

"Kawasan adalah sangat luas. Kita bercakap tentang ratusan kilometer persegi. Apa yang menarik, misi ini usaha antarabangsa," katanya.

1 comment:

  1. Jgnlah kita asyk TERPERANGKAP dgn. TIPU DAJAL Barat-Zionis, termasuk pujian DALANG-DUA-MUKA mereka!

    Bah. Pertama:

    Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi, kononnya terhempas, setelah dirampas ‘teroris’!

    Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting. dr. syarikat Freescale Semiconductor – sy. yg. terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan, (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )!

    Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete