DS Ahmad Zahid Hamidi , Naib Presiden UMNO & Menteri KDN telah menyerahkan borang pencalonan beliau untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013 - 2015 .Beliau menyerahkan borang pencalonan bersama 2 lagi Naib Presiden iaitu Hishamudin dan Shafie Afdal di PWTC .
Apakah dalam kempen merebut jawatan Naib Presiden ini , 3 orang pemimpin kanan Najib ini telah membuat satu team mereka bagi mempertahankan jawatan kanan tertinggi UMNO ini ?? Jawapan itu hanya ada kepada mereka bertiga sahaja .
Secara jujurnya , saya melihat Zahid layak untuk menduduk kerusi jawatan Naib Presiden UMNO kerana terbukti beliau adalah pemimpin yang datang dari akar umbi dan sentiasa mempejuangkan agenda orang Melayu .
Selain itu , ketegasan beliau dalam melaksanakan amanah & tanggungjawabnya sebagai Menteri kanan sebelum ini di MINDEF dan kini di KDN jelas perlu dicontohi .
Semenjak mengetuai Kementerian Dalam Negeri, kita sudah boleh saksikan sendiri pihak PDRM kembali tegas, garang dan digeruni. Dalam tempoh 3 bulan sahaja sudah 8,439 tangkapan dibuat terhadap ahli ahli kumpulan kongsi gelap yang selama ini bermaharaja lela dengan pelbagai jenayah seperti merompak, menyamun, membunuh, mengugut sebagai aktiviti harian mereka.
Ketegasanya juga lah membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutama DAP tak berani angkat muka dan amat rugi sekali jika UMNO tidak memilih beliau sebagai Panglima kanan kepada Presiden parti .
Dari segi hubungannya dengan rakyat akar umbi , GPB melihat beliau seorang pemimpin yang merendah diri dan senang untuk bergaul dengan masyarakat membolehkan beliau disenangi oleh semua orang.
Akhirnya sekali , kepada semua perwakilan seramai 150 ribu di 191 bahagian .. cabaran PRU14 untuk UMNO/ BN semakin getir , malah sudah dilabel Father of Election .
Najib memerlukan PANGLIMA kanan yang kuat untuk menguatkan Parti & Kerajaan . Orangnya kini sudah terbukti iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - sumber
No comments:
Post a Comment