BN failkan 21 petisyen PRU13




Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
Beliau berkata BN pada mulanya merancang untuk memfailkan 50 petisyen, namun atas faktor ingin menjimatkan masa mahkamah dan mengelak perbelanjaan yang tidak munasabah, jumlah itu dikurangkan kepada hanya 21.
"Setelah mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh pasukan petugas khas undang-undang, maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tengku Adnan berkata BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah dan yakin petisyen yang difailkannya mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.
"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin benteng kerajaan yang dipimpin BN akan kekal untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. 
PKR, PAS dan DAP memfailkan 25 petisyen kerusi Parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13 mulai semalam hingga esok. 

No comments:

Post a Comment