- Ketika pemimpin dan penyokong parti pembangkang mencanang fitnah kononnya dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 mudah hilang atau ditanggalkan warnanya, hari ini ramai rakyat tampil menyanggah dakwaan itu.
Tinjauan Utusan Online di laman sosial Facebook mendapati pengguna tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan dakwat tersebut mudah dihilangkan.
Pemilik akaun Facebook dikenali Brader Rafique berkongsi gambar jari ibunya yang dicalit dakwat kekal tersebut.
"Sudah mencuba beberapa kali dengan sabun dan pencuci, tidak juga padam," katanya.
Beberapa pengguna Facebook lain pula memberikan maklum balas berikut:
Yuddin Tag menulis: "Saya kerja sekali dengan ATM...di Jabatan Ukur... kebanyakan semuanya mengundi hari ini...baik dari peringkat atasan bergelar Datuk sampai ke Koperal... Dakwat memang tak hilang pun masa basuh.... puas sental... itu pun sikit sahaja pudar.... janganlah dok memutar-belit keadaan....tak ke mana pun."
Farah Zaidi: "Just nak share. Tadi pagi saya dan suami pun pergi mengundi. Sampai malam ini dakwat itu masih ada lagi di kuku walaupun sudah mandi, solat dan masak. Jadi tak betul la bila kata dakwat tu boleh terus hilang kalau dicuci. Hanya orang yang dah melalui mengundi akan tahu."
Rodiah Mohamet Noor pula menulis: "Kawan saya isteri tentera... lepas mengundi tadi, dia terus datang ke tempat kerja... saya dah belek jari dia, memang dakwat tu susah nak ditanggalkan."
Sementara itu beberapa pemilik akaun Facebook dan YouTube juga menyiarkan video demonstrasi menunjukkan kesukaran menghilangkan dakwat tersebut.
No comments:
Post a Comment