PULAU PINANG 30 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan teori terbaharu iaitu kononnya akan berlaku gejala pembelian undi secara besar-besaran menjelang 5 Mei ini.
Anwar yang menyedari partinya semakin ditolak oleh rakyat dan mungkin kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, beliau mendapat maklumat bahawa berbilion ringgit akan digunakan untuk tujuan tersebut.
Oleh itu, saya minta saudara-saudari semua berwaspada dengan taktik ini.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) tahu mereka akan kalah dan sebab itulah terdesak melakukan perkara ini," katanya ketika berceramah di Kolej Han Chiang di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Anwar yang dikenali sebagai seorang pemidato hebat tidak menjelaskan secara mendalam bagaimana kaedah beli undi yang dimaksudkan tersebut akan dilaksanakan.
Sebaliknya beliau hanya memberitahu gejala berkenaan akan berlaku kerana kebanyakan kajian mengatakan BN akan tumbang dalam PRU-13.
No comments:
Post a Comment