Manifesto BN lebih baik & realistik berbanding PR #PRU13 #tolakPR @dzainalabidin




– Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi, adalah baik dan realistik berbanding manifesto Pakatan Rakyat (PR).

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang- undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, rakyat terutamanya pengundi atas pagar akan memilih parti yang mengemukakan manifesto yang realistik, praktikal dan diinginkan rakyat.

Menurutnya, manifesto ini menarik dan menjadi alternatif yang baik berbanding manifesto PR yang dibentangkan sebelum ini.

“Manifesto ini menggariskan agenda realistik bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia selain menurunkan kos hidup dan inflasi.

“Terdapat juga insentif kepada golongan muda dan belia yang merupakan undi penentu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Agenda untuk kemakmuran masyarakat luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Manifesto ini akan meneruskan agenda transformasi ekonomi, politik dan kerajaan yang telah dimulakan sebelum ini. Agenda ekonomi lebih kepada hasrat untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, manifesto ini menggambarkan pencapaian empat tahun negara di bawah pentadbiran Najib yang bertemakan transformasi, janji ditepati dan konsep 1Malaysia.

“Ia juga akan melihat pencapaian dan hala tuju masa depan negara. Manifesto ini lebih baik daripada manifesto PR,” katanya.

Bagi pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan pula berkata, BN akan menggunakan manifesto mereka untuk membezakan dengan apa yang terkandung dalam manifesto PR.

“BN mampu menunaikan janji manifesto tetapi berbeza dengan PR. Kad laporan Najib yang banyak melaksanakan janji dijadikan asas manifesto BN.

"Tema Janji Ditepati merupakan dasar manifesto pusat dan negeri,” katanya.

No comments:

Post a Comment