PULAU PINANG 28 Mac - Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang bertegas mahu merealisasikan pembinaan terowong dasar laut sekali lagi mendapat maklum balas kurang menyenangkan rakyat negeri ini.
Reaksi itu dapat dilihat dalam kalangan majoriti penduduk yang hadir ketika sesi dialog berhubung projek mega bernilai RM6.3 bilion tersebut di sebuah hotel, di sini malam tadi.
Kebanyakan mereka bangkit melahirkan rasa kurang senang selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum meluluskan tender projek berkenaan.
No comments:
Post a Comment