Penambahbaikan sistem jalanraya dulu sebelum nak bina terowong
- Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi tumpuan pada penambahbaikan jaringan jalan raya sebelum mengemukakan cadangan bagi membina penghubung termasuk terowong dasar laut antara bahagian pulau dan tanah besar.
Timbalan Presiden Persatuan Melayu Tanjung (Permata), Ismail Kassim berkata, langkah itu perlu bagi memastikan jaringan jalan raya mampu menampung kemasukan kenderaan yang semakin meningkat.
Tegasnya, kegagalan menyediakan jaringan jalan raya yang baik bukan sahaja menyesakkan tetapi menghimpit rakyat yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk dan tidak terkawal.
"Buatlah 10 jambatan dan terowong sekalipun, masalah kesesakan lalu lintas di pulau tidak akan selesai malah akan bertambah teruk.
"Dua jambatan sedia ada ini pun sudah memberikan kesan yang teruk kepada masalah lalu lintas, sekarang mahu ditambah pula dengan sebuah terowong dasar laut," katanya kepada Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment