BN P.Pinang desak Guan Eng ambil balik RM14juta dari Tan Hak Ju
Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana cuba menjadi 'juara' politik dengan mengelirukan rakyat dalam isu tanah Tan Hak Ju. Pengerusi Biro Politik Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, keputusan mahkamah baru-baru ini berhubung kes tersebut menunjukkan kerajaan negeri cuba menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada BN.
"Sudah jelas mereka cuba meraih publisiti politik dengan mengelirukan rakyat. "Mereka juga cuba untuk menunjukkan kepada umum kononnya pentadbiran kerajaan BN lemah dengan membentangkan
Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung kes tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini memberitahu, kerajaan negeri telah mendepositkan sebanyak RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti diperintahkan mahkamah. Namun, pada 11 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi supaya membayar RM40 juta kepada Hak Ju.
Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu. Terbaru, Mahkamah Persekutuan pada 7 Mei lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi supaya membayar RM40 juta kepada Hak Ju.
Menurut Hock Nan, Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat langkah yang diambil untuk mendapatkan semula RM14 juta yang telah dibayarnya kepada Hak Ju. Katanya, tindakan itu perlu kerana ia melibatkan wang rakyat.
No comments:
Post a Comment