UMNO P.Pinang bidas kerajaan DAP siarkan nama peminjam pendidikan kerajaan negeri




UMNO Pulau Pinang mencabar Kerajaan Negeri ini di bawah pimpinan DAP agar menghapuskan dahulu pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri dan kemudian barulah boleh mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional).
“Jangan hanya pandai memperalatkan mahasiswa agar mendesak kerajaan menghapuskan PTPTN tetapi mereka sendiri mengambil pendekatan menyiarkan nama peminjam tegar untuk mengutip hutang.
“Pelik betul cara mereka ini. Seharusnya mereka menunjukkan contoh dahulu dengan menghapuskan pinjaman pendidikan negeri bermula di Negeri Pulau Pinang dan diikuti oleh negeri pembangkang yang lain. Kemudian barulah boleh mendesak kerajaan dalam isu PTPTN,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyiarkan nama peminjam pendidikan kerajaan negeri tersebut.




Sambil menyifatkan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng ibarat diktator, beliau menjelaskan seharusnya kerajaan negeri mempraktikkan apa yang didesak kepada Kerajaan Pusat berhubung isu PTPTN.


“Lagipun saya amat pasti hutang tersebut tidak mencecah angka billion. Hanya jutaan ringgit. Merekakan mahu pelajaran percuma sehingga sanggup memperalatkan pelajar IPT dan IPTS. Inilah masa terbaik untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemimpin yang cakap serupa bikin.
“Selama ini apa yang mereka cakap tidak seiring dengan kelakuan mereka. Gunakan kesempatan ini untuk membuktikan bahawa selama ini dakwaan mereka tidak pernah mengotakan janji adalah tidak benar. Saya ingin lihat adakah mereka berani untuk memansuhkan semua pinjaman tersebut. Jangan hanya pandai cakap sahaja,” bidas beliau lagi.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu memansuhkan PTPTN jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kerana kononnya pendirian pakatan pembangkang mahu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.
“Saya berharap agar mahasiswa yang selama ini terpengaruh dengan omong kosong pembangkang agar berfikir semula. Adakah kita mahu pemimpin seperti ini yang sering tipu sana tipu sini semata-mata inginkan kuasa dalam politik. Apa sahaja janji mereka adalah satu penipuan.
“Contoh terbaik, jika benar mereka ikhlas untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hutang pendidikan kerajaan negeri ini dihapuskan terlebih dahulu,” jelasnya lagi. – MediaUMNO

2 comments:

  1. sokong ... tunjukan dahulu kerajaan negeri pimpinan pembanjang mampu melupuskan pinjaman pendidikan dan membayar balik pinjaman pendidikan kepada peminjam yang telah membuat bayaran, kemudian ceritalah seluruh dunia bahawa mereka telah berjaya melupuskan pinjaman pendidikan selepas itu ketiga-tiga kerajaan negeri desaklah kerajaan pusat supaya mengambil tindakan yang sama.

    ReplyDelete
  2. Dia cuma tunjuk senarai je,lepas ni tunjuk pulak senarai peminjam Pinjaman Perumahan....xlama lagi kedua2pinjaman ini akan hapus,diikiti dengan pelupusan pinjaman kenderaan!kan Hj Adi kata NEGARA KEBAJIKANG!

    ReplyDelete