Melayu berhijrah kerana kerajaan DAP tidak adil
Tindakan lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang yang berhijrah ke negeri lain akibat tidak mampu lagi menanggung kos sara hidup tinggi, menunjukkan ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan DAP itu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya data yang didedahkan itu benar, maka ternyata dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sememangnya tidak mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.
Beliau percaya tindakan itu diambil oleh orang Melayu Pulau Pinang selepas merasakan kesulitan dan tertindas apabila kerajaan negeri tidak lagi membina rumah mampu milik dan membuatkan mereka terdesak meninggalkan negeri tersebut.
“Itu satu yang amat memalukan. Saya rasa ini bukan dasar yang adil. Mereka kata demokratik tetapi sebenarnya tidak adil, tak memberi perhatian yang setimpal kepada semua kaum dan ia tidak sepatutnya berlaku.
“Kerajaan negeri perlu memainkan peranan proaktif dalam perkara itu kerana jelas jika tiada usaha dibuat, maka orang Melayu terpaksa keluar ke kawasan lain untuk tinggal," katanya semasa diminta mengulas laporan akhbar bahawa orang Melayu Pulau Pinang kini semakin terpinggir. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Galeri Glulam di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok. Kelmarin akhbar melaporkan, lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.
YANG TINGGAL HANYA ORANG CHINA DAN INDIA YANG KAYA RAYA SAJA DI PULAU EKSKLUSIF ITU....MACAM SINGAPURA JUGA. MELAYU AKAN TINGGAL DI BAWAH KOLONG SAJA....
ReplyDelete