CAT = “Cheat, Arrogance,Twist” DAP Kini Jadi Bahan Tawa Rakyat





Slogan Cekap, Akauntibiliti, Telus (CAT) yang menjadi pegangan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak mencerminkan realiti sebenar sebaliknya ia lebih berkait dengan ‘Cheat (tipu), Arrogance (angkuh), Twist (putar) untuk CAT.
Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa melihat tindakan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti terbabit dan menolak tawaran jawatan tinggi serta bayaran berjumlah RM50,000 adalah bukti nyata wujudnya CAT (Cheat, Arrogance, Twist) dalam parti terbabit.
“Rentetan daripada apa yang berlaku kepada Tunku Abdul Aziz adalah gambaran jelas berkaitan konsep, falsafah dan objektif yang diamalkan oleh DAP selama ini khususnya kepada orang Melayu yang hanya diterjemah di permukaan sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.
Tunku Abdul Aziz mengisytiharkan keluar dari DAP dan mendedahkan sebab sebenar mengapa beliau mengambil keputusan itu, iaitu kerana cubaan merasuahnya dengan jawatan sebagai senior fellowship di Institut Pulau Pinang dan menawarkan RM50,000 agar menarik balik keputusannya untuk meninggalkan parti yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ia ekoran daripada kenyataan Tunku Abdul Aziz di Dewan Negara yang menolak demonstrasi Bersih 3.0 dengan menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan boleh menimbulkan huru-hara tetapi ia telah disangkal oleh Lim Guan Eng yang melihatnya sebagai pendapat peribadi.
“Pelantikan Tunku Abdul Aziz juga hanyalah satu sandiwara kepada orang Melayu sebagaimana tiadanya keikhlasan daripada kepimpinan kerajaan terbabit untuk membela bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di Pulau Pinang biarpun jumlahnya hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhannya,” katanya.
Terang beliau, sewajarnya Ketua Menteri Pulau Pinang dan kepimpinan yang ada membantu keseluruhan rakyat tanpa melihat kepada perbezaan antara mana-mana kaum.
“Biarpun DAP buat macam-macam program dan bercakap pelbagai agenda tetapi hakikatnya apa yang dilakukan hanyalah untuk satu bangsa saja dan menjadikan bangsa lain sebagai batu loncatan atau alat bagi mencapai matlamat mereka.
“Adakah pihak sedemikian yang mahu diangkat sebagai pemimpin sedangkan seorang ketua di Malaysia perlu mewakili keseluruhan bangsanya tanpa memilih hanya satu-satu kaum saja dan telah terbukti hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat merealisasikan apa yang telah dijanjikan.” - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment