15,000 Rakyat Akan Diraikan Oleh Perdana Menteri Di Pulau Pinang.

GEORGETOWN 1 April – Lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum dijangka menghadiri majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Balik Pulau dekat sini sebagai meraikan lawatan sehari Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang esok.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, majlis jamuan secara terbuka kepada semua rakyat itu diadakan di perkarangan Masjid Permatang Pasir di Balik Pulau.

"Masakan lauk pauk lebih 1,000 ekor ayam dan 100 ekor lembu itu disediakan secara gotong-royong dan kita pelawa rakyat dari seluruh negeri untuk menghadiri majlis itu bagi bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Najib juga dijangka menyampaikan amanat ringkas untuk rakyat Pulau Pinang sempena lawatannya pada majlis itu yang dijangka diadakan pada 12 tengah hari. – Bernama

No comments:

Post a Comment