Headlines News :
Home » » DOKTOR RASIS : KEMENTERIAN MASIH LAGI TUNGGU LAPORAN DIJANJIKAN GUAN ENG

DOKTOR RASIS : KEMENTERIAN MASIH LAGI TUNGGU LAPORAN DIJANJIKAN GUAN ENG





PULAU PINANG 26 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng pernah berjanji akan menyerahkan laporan siasatan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dakwaan doktor keturunan Cina bersikap rasis terhadap pesakit Melayu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, beliau mendapat tahu perkara itu daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam yang memaklumkan kepadanya bahawa Guan Eng berjanji demikian semasa sidang Parlimen baru-baru ini.

"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan siasatan kerajaan negeri berhubung dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di negeri ini.
"Ketika ini, kita mempunyai maklumat berdasarkan apa yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin sahaja dan bukan daripada kerajaan negeri," katanya.
Isu berkenaan mula dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu apabila Roslan mendedahkan terdapat pesakit Melayu yang mendapat layanan buruk daripada seorang doktor berketurunan Cina sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam DUN.

Terbaharu, Roslan tampil dalam sidang akhbar bersama beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku.

Guan Eng pula semalam mendakwa Kementerian Kesihatan tidak pernah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan negeri berhubung isu berkenaan.
Mengulas lanjut, Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, kementerian masih menunggu laporan terperinci seperti yang dijanjikan Guan Eng dan perkara itu penting supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

"Kita persoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk sama-sama membantu menyiasat perkara ini kerana sehingga semalam tiada laporan diberi.
"Sebenarnya, jika benar perkara ini, pastinya amat mengecewakan bagi doktor kerana mereka mempunyai etika kerja termasuklah memberi perkhidmatan kepada pesakit tanpa mengira miskin atau kaya dan sebagainya," katany

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 27, 2013 at 2:33 PM

Adakah Dr tersebut menghamburkan kata2 berbau perkauman? Menurut laporan akhbar Kosmo yg saya baca,, laporan lebih menonjolkan 'incompetency & inefficiency' Dr2 terbabit. Tanggapan pesakit sj yg menyatakan ini isu perkauman. Tuduhan sebegini saya bimbang akan menonjolkan org Melayu tidak bijak spt kes make-shift kantin baru2 ini yg dicanang tanpa usul periksa.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger