Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Jumaat, 18 Mac 2016
Pembelian Banglo di bawah Harga Pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pembelian banglo di kawasan kediaman elit Jalan Pinhorn George Town oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng daripada seorang ahli perniagaan yang didakwa pada harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran perlu disiasat segera oleh pihak SPRM dan Polis. Ini berikutan beberapa laporan kepada Polis dan SPRM telah dibuat oleh beberapa individu dan NGO hari ini.
Sejak 2009 lagi laporan kepada SPRM telah dibuat berhubung banglo ini. Rujuk: www.thestar.com.my/…/…/17/graft-allegation-against-guan-eng/
Semalam di Parlimen, YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut meminta penjelasan Menteri di JPM berhubung satu laporan SPRM yang dibuat pada tahun 2012.
YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor dalam ucapannya di Parlimen turut bertanyakan hubung kait ahli perniagaan yang menjual banglo berkenaan kepada Lim Guan Eng dengan tender penjualan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang di Jalan Zainal Abidin, George Town kepada satu syarikat swasta untuk pembinaan hotel dan hospital pada 2012.
Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini mendakwa pembelian banglo oleh beliau daripada ahli perniagaan tersebut dibuat secara sah, "bebas dan rela hati", pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak; 'willing buyer willing seller' tanpa sebarang paksaan atau tekanan.
Oleh itu, saya menggesa pihak berwajib untuk melakukan siasatan yang teliti ke atas laporan-laporan yang telah dibuat dan mengambil tindakan selanjutnya jika didapati terdapat bukti salah laku atau penyalahgunaan kuasa dalam pembelian banglo berkenaan oleh Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng tidak sepatutnya mencabar YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka dengan beliau di Komtar pada Ahad ini untuk membuktikan apa yang diucapkan oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen semalam. Setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sydah lama menggugurkan budaya politik jalanan yang menjadi amalannya sebelum menjadi Ketua Menteri.
Sebaliknya, Lim Guan Eng sepatutnya menggesa SPRM dan Polis segera menyiasat dengan teliti segala laporan dan dakwan yang dibuat terhadapnya untuk membersihkan namanya dari sebarang tuduhan salah laku dan rasuah.
Sementara itu, rakyat Pulau Pinang seharusnya merasa bangga dan gembira setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dapat membeli sebuah banglo pada harga istimewa di Pulau Pinang. Adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri terus menjadi seorang penyewa rumah sahaja dan tidak memiliki kediaman sendiri.
Saya turut menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempertingkatkan usaha mereka dalam menyediakan rumah kediaman yang mampu dimiliki untuk rakyat Pulau Pinang yang belum memiliki rumah sendiri.
"Rumah tanpa kolam renang pun tak apa"
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment