GUAN ENG WAJAR DIGELAR "PAKAR PUTAR NOMBOR"




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bolehlah dilabelkan sebagai pakar putar nombor apabila acapkali memberikan kenyataan yang tidak benar atau silap kira apabila berkaitan dengan angka.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata kelayakan Guan Eng sebagai akauntan amatlah diragui kerana sebagai seorang yang mahir dengan angka, dia tidak sepatutnya kerap memberi alasan salah kira.
“Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang akauntan, seharusnya dia lebih peka dengan angka. Kerana angka dan kiraan adalah ‘mainannya. Bila ada kenyataan berkaitan angka sahaja pasti ia tidak selari.
“Bila didesak, Guan Eng akan minta maaf dan cakap salah kira… kemudian tuduh orang putar pelit kenyataannya. Guan Eng Patut malu dengan jawatannya sebagai Ketua Menteri,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Rafizal turut memberi contoh beberapa perkara yang membuktikan bahawa Guan Eng tidak telus bila sesuatu perkara itu ada hubungkait dengan angka.
Jelas beliau kos pembinaan terowong dasar laut contohnya, Dap pada mulanya seakan mahu mendabik dada dan memperbodohkan rakyat apabila membuat pengumuman berjaya mengurangkan kos kepada RM6.3 bilion daripada kos sebenar melebihi RM8 bilion.
Tetapi tegasnya Guan Eng terlupa pernah terlebih dahulu membuat pengumuman kos pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya hanyalah RM4.08 billion.
“Jika ikutkan kos permulaan ini, maka ia bertambah dan bukannya berkurang. Begitu juga dengan kiraan undi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC). Dengan begitu mudah pengumuman dibuat terdapat salah kiraan.
“Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, tiba-tiba menduduki kedudukan ke 20 CEC. Vincent Woo pula yang pada awalnya di tangga ke 6 dengan 1,202 undi, turun ke tangga 26 dengan hanya 669 undi.
“Matematik apa yang mereka guna sehinggakan boleh tersilap kira dengan jumlah yang begitu banyak,” katanya lagi.
Tambah Rafizal, begitu juga dengan kesilapan mengumumkan mengumumkan projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah IKEA di batu Kawan seluas 245 ekar tanah pada harga RM284 juta sebaliknya jumlah yang betul adalah RM483,951,600.
Terbaru ujar Rafizal berkaitan kelulusan projek penambakan laut. Guan Eng mengeluarkan kenyataan hanya meluluskan seluas 60 ekar sahaja sejak 2008 iaitu 35 ekar di Bayan Mutiara dan 25 ekar di Bayan Bay.
“Tetapi ibarat bangkai gajah, walau disorok tetap akan diketahui juga. Penipuan Guan Eng terbongkar apabila cuba menyorokkan kelulusan terhadap satu lagi projek seluas 131 ekar di persisiran Gurney Drive dan penambahan 20 ekar di Seri Tanjung Pinang Fasa Dua.
“Inilah yang dikatakan Dap mengamalkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus itu? Jauh panggang dari api… Maka sekarang boleh lah kita iktiraf Guan Eng sebagai pakar putar nombor,” sindirnya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment