UMNO - CABARAN & DUGAAN! #PAU2015

oleh : Dr Novandri 

Konvensyen Pemerkasaan  Agenda Ummah yang dianjurkan oleh UMNO pada 24 November 2015 merupakan satu usaha parti untuk memastikan suara ahli UMNO dan rakyat didengar dan diaplikasikan oleh kerajaan. Ada 4 kluster yang dibincangkan iaitu ekonomi, pendidikan, agama dan wanita.
Di sepanjang MiM hadir dan mengikuti sessi-sessi tersebut, panel-panel di dalam kluster-kluster yang terdiri daripada para cendiakawan dan pemikir ini telah membentangkan buah fikiran dan pandangan yang bernas serta kolektif. 

MiM bersetuju dengan kenyataan DS Hishammuddin Hussein yang berkata penganjuran Konvensyen ini amat bertepatan kerana pelbagai pihak termasuk golongan profesional, ahli akademik, agama, NGO dan belia dapat berkongsi idea.

"Konvenyen itu merupakan suatu gerakan yang boleh menginsafkan dan menyedarkan bukan sahaja ahli parti tetapi pemimpin parti dan setiap lapisan masyarakat di luar betapa pentingnya kita mengembleng untuk melihat masa depan umat Melayu khususnya," katanya.
Di dalam ucapannya, Hishammuddin juga yakin Umno dan BN mampu mengharungi krisis yang dihadapi ketika ini melalui cara penyelesaian terbaik bagi kelangsungan parti itu. 
"UMNO hidup, bergerak dan berfungsi sebagai parti politik dalam kerangka demokrasi. maka survivalnya tentang sokongan padu ahli dan rakyat kepada parti. Itu tidak boleh kita nafikan."
Dan sejarah telah membuktikan UMNO diuji dengan pelbagai dugaan tetapi berjaya menghadapinya dengan semangat bersatu-padu ahli-ahli parti UMNO.
Dan parti keluar sebagai satu parti yang lebih kuat dan lebih bersatu padu dan memberi yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara. 
"Menjadikan Melayu dan Malaysia lebih baik adalah ikrar UMNO dan amanah tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu setiap pemimpin, UMNO bukan boleh di franchisekan kepada orang lain". 
Beliau juga berkata, UMNO mesti bersifat inklusif serta memastikan perjuangannya sentiasa relevan untuk generasi akan datang.
"Krisis adalah proses yang mendewasakan kerana ia mengajar di sebalik pengalaman dan segala kekuatan, kita pasti jauh daripada kesempurnaan dan kita juga punya kelemahan terutama dalam usia kita semakin menua, kesilapan tidak boleh dielakkan." kata Hishammuddin. 
"Kita mesti mencipta rumus bersama-sama, memikir, merancang, mencari jalan pencerahan. Kita lupakan sebentar apa jua perbezaan yang menjarakkan kita demi UMNO yang lebih baik dan rumuskan agenda Umno yang baharu," katanya.
"Sama-sama gigih berusaha menjelmakan harapan baru. Kita beritahu setiap ahli, pendokong dan rakyat Malaysia bahawa UMNO telah mendengar, memahami dan UMNO akan mengemukakan penjelasannya yang insklusif yang akan membuahkan kebaikan untuk semua dan bukannya daripada sebahagian sahaja." katanya lagi.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul MT Umno juga telah memberi jaminan usul-usul akan diangkat semasa Perhimpunan Agung Umno 2015 pada bulan Disember ini. 
738 usul diterima dan di antara usul yang akan dibahaskan ialah agama (58 usul), ekonomi (81 usul), politik (96 usul), pindaan perlembagaan (5 usul), sosial (91 usul), pendidikan (88 usul) dan lain-lain (94 usul).

Dan tidak ada usul tidak menyokong kepimpinan DS Najib Razak, Presiden UMNO. Ianya disahkan setelah semua usul yang diterima daripada kesemua 191 bahagian, di mana tidak ada satu pun yang mengusulkannya.

No comments:

Post a Comment