Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung beberapa tuduhan oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Ng Wei Aik yang telah mengaitkan UMNO negeri ini terhadap beberapa kejadian vandalisme di sekitar bangunan-bangunan DAP di negeri itu.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata laporan itu dibuat bagi menggesa pihak polis menyiasat tuduhan itu dan sama ada DAP yang membuat kerja-kerja vandalisme tersebut dan kemudian menuduh UMNO.
“Ini satu tuduhan yang cukup berat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut, di sini hari ini.
Selain itu, berhubung struktur logo tulisan UMNO yang cuba dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lepas, Rafizal berkata parti itu sebenarnya telah bersetuju dengan MBPP pada Jumaat pagi untuk memohon permit pada Isnin lepas.
“Mereka datang dan cuba meroboh struktur tulisan UMNO ini pada tengah hari Jumaat, adalah tidak adil mengatakan UMNO tidak mengikut peraturan,” katanya.
Beliau berharap pihak MBPP tidak merobohkan struktur logo itu sehingga UMNO mendapat permit untuk logo berkenan di bangunan Menara UMNO di Jalan Macalister dekat sini.
No comments:
Post a Comment