#PRKPermatangPauh KALI INI CIPTA SEJARAH HARI PENAMAAN CALON PALING AMAN




BUKIT MERTAJAM – Suasana penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.44 Permatang Pauh berjalan lancar dan mencatat sejarah tersendiri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit, di sini pagi tadi.
Penamaan calon pagi ini bukan sahaja berjalan lancar bahkan mencatat sejarah apabila sejak pagi sehingga selesai sesi penamaan calon, keadaan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak.
Dalam penamaan calon PRK P.44 Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas.
Calon BN, Suhaimi Sabudin akan ditentang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan ahli PRM, Azman Shah Othman manakala calon Bebas ialah Salleh Isahak.
Begitupun, seorang calon Bebas Dr. Abdullah Zawawi telah menarik diri selepas mendapati calon Bebas yang menentang calon BN dan PKR melebihi dua orang.
Sementara itu, Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketika ditanya menjelaskan perjalanan lancar pada hari penamaan calon pada hari ini akan dapat dikekalkan pada hari-hari berkempen dan seterusnya pada hari pengundian.
“Inilah yang sebenarnya kita mahukan daripada penyokong kedua-dua pihak agar dapat mengawal perasaan dan tidak beremosi.
“’Adalah diharapkan suasana sebegini dapat diteruskan sehingga hari pengundian dan sewaktu kempen,” katanya ketika bersama-sama mengiringi calon BN.
Bagaimanapun, keadaan sedikit kelam kabut apabila jalan pulang mengalami kesesakan sehingga menyebabkan ramai di kalangan penyokong kedua-dua pihak terpaksa mengambil masa untuk beredar.

1 comment:

  1. Jelas keadaan membuktikan..?
    Jika ada pemuda pas.. Majlis akan jadi huru hara.. Dan ganas..

    ReplyDelete