KEPALA LEMBU RUMAH RAYER ITU BUKAN KERJA UMNO - TENGKU ADNAN



SETIAUSAHA agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata beliau yakin anggota Umno terlibat dalam kejadian kepala lembu yang ditinggalkan di hadapan rumah ADUN DAP, RSN Rayer, Isnin lalu. Beliau berkeyakinan ini bukan kerja Umno, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media semalam. Katanya, beliau pasti orang Umno tidak akan melakukan tindakan jahat seperti itu.

 Beliau tidak tahu siapa yang buat, tetapi setiap kali perkara seperti ini berlaku, Umno akan dipersalahkan. Tetapi takkanlah Umno sejahat ini. Sebagai seorang Islam beliau pun tak suka orang buang babi di rumah beliau. Begitu juga untuk mereka ini, maka, beliau harap jangan buat perkara-perkara ini lah, katanya lagi ketika ditanya pemberita.



Kepala lembu itu ditemui di hadapan rumah ADUN Seri Delima, tersebut, di Island Park, Pulau Pinang pada pagi Isnin lalu. Seorang saksi melihat seorang lelaki tiba dengan menaiki sebuah motosikal dan melemparkannya di hadapan rumah tersebut. 

Kejadian itu menimbulkan kontroversi baru apabila Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkannya sebagai “‘harga yang perlu dibayar jika bermulut celupar.”


1 comment:

  1. Orang2 Islam lah yang kuat pancung............itu pun dari golongan Wahabi

    ReplyDelete