GEORGETOWN – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini membidas tindakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menggelar parti itu sebagai ‘Parti Cari Makan’.
Beliau berkata, Mohamed Azmin tidak sepatutnya bertindak sedemikian sebaliknya berkempen secara sihat sepanjang PRK Parlimen Bukit Gelugor ini.
“Tidak sepatutnya mereka buat begini, kami bukanlah bertanding secara tidak adil…sepatutnya mereka mengamalkan pertandingan sihat. Buat apa mahu maki hamun semua orang, ini bukan budaya kita,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.(Gambar Arkib UtaraNews.com)
Semalam, ketika berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Keadilan Bukit Gelugor di sini, Mohamed Azmin melabel PCM sebagai ‘Parti Cari Makan’ selain mendakwa parti itu sebagai proksi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.
Cheng Guan, yang juga calon bagi pilihan raya kecil itu berkata beliau akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa parti dan pihaknya akan mengambil tindakan selepas PRK Bukit Gelugor.
Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini, Cheng Guan akan berhadapan calon DAP, Ramkarpal Singh, 38, dan dua calon Bebas i
Sudah tentu lah yg taja PCM itu kuat makan rasuah jadi anaknya pula sememangnya Parti Cari Makan.
ReplyDelete