MELAKA 7 April - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang dijangka lebih mencabar dengan sebahagian besar keputusannya bakal ditentukan oleh pengundi muda.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah pengundi muda atau pengundi kali pertama ini didapati meningkat daripada 60,000 kepada 2008 kepada 3 juta orang pada PRU lepas.
Melihat kepada trend peningkatan itu jelasnya, jumlah tersebut dijangka akan meningkat kepada lima juta pengundi muda pada PRU akan datang dan ini amat memainkan peranan dalam menentukan kemenangan parti.
"Justeru, Barisan Nasional (BN) perlu mempunyai satu pendekatan baharu yang lebih mendalam daripada apa yang telah dilaksanakan sebelum ini dalam usaha mendekati golongan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kelompok Persidangan Tahunan Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Hang Tuah di sini semalam.
No comments:
Post a Comment