PROTES DI KEDUTAAN MALAYSIA BEIJING , ADA LAGI NEGARA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG - HISHAMUDDIN




KUALA LUMPUR 26 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap tindakan protes dari China yang membuat tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di Beijing dan menuduh MAS serta kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab kepada tragedi yang menimpa MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka perlu memahami bahawa bukan keluarga mereka saja yang berada didalam pesawat MH370.

"Bagi rakyat China mereka juga perlu faham Malaysia juga kehilangan orang tersayang. Ada banyak negara yang juga kehilangan orang tersayang.

"Saya ayah, abang dan anak, saya memahami apa yang mereka hadapi.

"Masa akan menyembuhkan emosi yang sekarang ini sedang memuncak, kita memahaminya." katanya dalam sidang media hari ke-19 kehilangan MH370.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, operasi mencari telah melibatkan 26 negara termasuk negara maju yang tidak dapat mengesan Boeing 777-200ER ia jelas menunjukkan satu kehilangan yang luar biasa.

"Pengesahan daripada pakar dan pemimpin dunia sehingga kini tak dapat dikesan menunjukkan kehilangan MH370 sukar kepada satu dunia bukan sahaja untuk Malaysia," ujarnya

Jelas Hishammuddin, ada keluarga yang berfikiran rasional terhadap insiden yang berlaku tetapi tidak menyalahkan kerajaan Malaysia.

"Saya melihat imej dari Austarlia yang sangat rasional, memahami bahawa ini adalah kesan global dan tidak menyalahkan secara terus kepada kerajaan Malaysia kerana kita koridinasi insiden yang tidak terduga ini.

"Sehingga kita jumpa serpihan yang boleh disahkan berkaitan dengan MH370, soalan yang mereka kemukakan, kita mahis belum ada jawapan,' katanya. 

No comments:

Post a Comment