PERMATANG PAUH - UMNO Bahagian Permatang Pauh hari ini telah mengambil langkah proaktif bagi menambah pengetahuan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat sekitar parlimen ini .Ia dihadiri oleh kepimpinan UMNO Bahagian & AJK 3 Sayap parti serta semua Pengerusi JKKKP dalam Parlimen Permatang Pauh .
Ketuanya, Mohd Zaidi Hj Mohd Said berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman & pengetahuan mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.
Beliau yang juga Pengawai Khas Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.
Menurut beliau , pihak pembangkang telah memanipulasi fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan tidak benar mengenai GST hingga menjejaskan imej kerajaan .
Taklimat GST itu disampaikan Penolong Kanan Pengarah Kastam Puan Suzana Sarif .
Yang turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Aziz Sheikh Ahmad , Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin , Ketua Wanita UMNO Bahagian, Rosni Salleh & Ketua Puteri Bahagian Cik Nur Syazana Bt Soberi -MY PENANG ONLINE-
No comments:
Post a Comment