#N25KAJANG : BANTU MB SELANGOR ALASAN TERBARU ANWAR KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH




BUKIT MERTAJAM - Beberapa masalah besar yang wujud di Selangor, terutama melibatkan isu nasional perlu ditangani lebih tegas agar mampu diselesaikan pimpinan PKR, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pelbagai isu yang timbul seperti penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, masalah Bible dan gereja termasuk isu air yang berlarutan sejak lima hingga enam tahun lalu yang masih belum diselesaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Setakat ini, beliau (Abdul Khalid) boleh uruskan masalah negeri tetapi bila banyak isu nasional yang timbul, ada pandangan yang mengatakan kami perlu masuk campur untuk membantu.

"Selangor ditadbir dengan baik setakat ini tetapi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah nasional yang berlaku," katanya pada sidang media selepas program Penerangan Isu PRK N25 Kajang di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, semalam.

Ceramah itu adalah sesi penerangan kepada masyarakat setempat berikutan keputusannya ingin bertanding PRK Dun Kajang selepas peletakan jawatan wakilnya, Lee Chin Cheh.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk membahagikan sebagai wakil rakyat di dua negeri jika memenangi kerusi Dun Kajang.

"Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dibuat menerusi rundingan dan bukan secara mengejut.

"Dia letak jawatan sebagai Adun kerana hendak beri ruang kepada saya bertanding dan kerajaan Selangor juga mengetahui mengenainya," katanya.

Menurutnya, satu lagi penjelasan mengenai isu itu akan dibuat di Kajang bersama Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali esok (Isnin).

Ketika ditanya jika tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai menteri besar jika menang kelak, Anwar berkata:

"Saya fikir tidak wajar libatkan Tuanku Sultan dalam hal politik yang berlaku dan perlu dihormati. Kita akan teruskan agenda untuk rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment