BUKIT MERTAJAM 9 Jan. - Walaupun sibuk dengan tugasan harian namun Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Permatang Pauh tidak melupakan ahlinya yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya di Kampung Pelet di sini semalam.
Kunjungan ke atas Nurul Hanis Hashim, 21, disertai Ketua Pemuda, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin dan Ketua Puteri, Nurshazana Mohamad Soberi dan beberapa ahli jawatankuasanya.
Mereka meluangkan masa melawat Nurul Hanis yang terlantar dan mengalami kecederaan di kaki kanan.
Dalam kejadian pada 10 Disember lalu, Nurul Hanis yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya ke rumah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan Pasar Penanti di sini pada pukul 8.20 malam.
Kemalangan itu menyebabkan Nurul Hanis terlantar kerana mengalami patah paha dan betis kanan serta tulang jari kanan.
Abu Bakar Sidekh berkata, kunjungan itu sebagai tanda simpati kepada mangsa yang tidak dapat berjalan.
"Pergerakan kami memberikan hamper dan wang tunai bagi meringankan beban ahli Puteri ini," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berharap mangsa dapat pulih secepat mungkin dan dapat berjalan seperti biasa.
No comments:
Post a Comment