Kemarahan penyokong P.Pinang terhadap penjaga gol G.Jeevananthan tidak dapat dibendung lagi.Prestasi beliau selepas menyertai negeri ini dibawah kendalian K.Devan dilihat amat-amat mengecewakan.Bermula dengan perlawanan persahabatan menentang Sime Darby,kesilapan-kesilapan mudah beliau telah menyebabkan P.Pinang tewas dengan jaringan 2 0.
Pada minggu lepas,walaupun P.Pinang mencatatkan kemenangan 3-1 terhadap Sabah,penjaga gol tersebut masih dikecam peminat di stadium kerana kesilapan mudah beliau hampir menyebabkan P.Pinang hampir tewas kepada Sabah.
Kemuncaknya pada perlawanan kelmarin menentang PDRM.Diakui memang PDRM satu pasukan yang kuat pada musim ini.Tetapi gol-gol PDRM tersebut kebanyakan akibat kesilapan dan kelalaian penjaga gol Pinang itu.Pada perlawanan tersebut Pulau Pinang tewas dengan jaringan besar 5 gol berbalas 1.
Melalui Fanpage menyokong pasukan P.Pinang,penyokong semuanya sepakat menyalahkan penjaga gol tersebut dan K.Devan yang dilihat mengamalkan pilih kasih dalam pemilihan posisis penjaga gol.Spekulasi gejala rasuah mula bertiup kencang dikalangan penyokong dan mereka menggesa FAP segera melakukan siasatanJika benar seperti yang didakwa FAP tidak boleh berdiam diri,perlu bertindak sebelum keadaan menjadi semakin parah.
Melalui kelab penyokong Harimau Malaya perkara sama mula dibangkitkan apabila ramai yang mula mempersoal prestasi penjaga gol itu ketika perlawanan menentang PDRM.
Luahan kekecewaan peminat ini mula menjadi topik hangat selepas PDRM kemenangan besar 5-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,kelmarin.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Dollah Salleh itu mengungguli persada liga dengan enam mata selepas dua perlawanan, sama dengan Kedah yang menduduki tangga kedua dengan perbezaan jaringan.-UtaraNews.
No comments:
Post a Comment