ANWAR PERTAHAN PERBUATAN BIADAP ADUN PKR MACHANG BUBUK HINA PM
Tindakan Anwar Ibrahim yang mempertahankan tindakan wakil rakyat pembangkang dari PKR Lee Khai Loon sudah di jangka banyak pihak. Malah kenyataan Anwar selaku ketua pembangkang apabila menyatakan bahawa tarian punggung lebih teruk dari flash mob kangkung membuktikan betapa ketua pembangkang ini antara penyokong gerakan songsang yang sejak sekian lama bertapak di bumi Malaysia.
Ini dapat di buktikan apabila Anwar sendiri memperlihatkan diri beliau seolah-olah tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.Beliau juga turut cuba mengheret rakyat agar melupakan sebab penyebab kepada insiden sedemikian berlaku.
Tahukah Anwar bahawa tarian punggung yang berlaku itu di sebabkan sikap pemimpin pro pembangkang sendiri yang keterlaluan memperjuangkan hak kebebasan sampaikan perkara-perkara mengarut tak masuk di akal pun nak di belasahnya ?
Adakah Anwar sedar tindakan Lee ADUN Machang Bubuk itu mempersenda serta menghina kepimpinan utama negara yang barangkali Anwar dan konco-konconya tak mau mengaku sebagai pemimpin negara ? Inilah sebenarnya sikap berat sebelah Anwar dan konco-konconya , bertindak seolah-olah tidak pernah berlaku isu-isu panas sebelum ini .
Jangan buat lupa kini sudah ada mereka yang menyentuh tentang sensitiviti orang Islam. Isu tudung , kalimah Allah , LGBT , laungan azan malah tindakan berupa menghina orang-orang Melayu dan agama Islam saban waktu berlaku , apa anwar lupa tentang itu ?
Semuanya kini sedang berlaku dan akan terus berlaku , ekoran daripada itulah maka hari ini orang-orang Melayu tidak lagi boleh berdiam diri. Himpunan di Seberang Jaya semalam adalah permulaan kepada apa yang kini sudah menjadi BARAH !
Percayalah BARAH ini semakin parah kerana orang-orang bukan Melayu tidak mahu faham bahawa sikap toleransi orang Melayu selama ini sudah sampai ke tahap maksimum.
Oleh kerana itulah siri kedua berlaku di Machang Bubuk hari ini dan serentak dengan itu masih ada lagi mereka yang sengaja mahu mengapi-apikan sentimen ini dengan menganjurkan pula program berupa sindiran yang cukup jelas menghina Perdana Menteri Malaysia. Di manakah suara pemimpin pembangkang pada ketika pemimpin mereka sendiri sedang melakukan provokasi murahan lagi biadap yang mampu mencetuskan pergaduhan ?
Apakah mereka sedang menantikan tercetusnya insiden yang pernah berlaku satu ketika dulu dalam negara kita Malaysia ?
Paling memeranjatkan adalah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri yang menuduh UMNO dan kerajaan lah yang bertanggungjawab kerana rakyat kini tertindas kerana kenaikan kos harga barang. Spin yang cuba di lakukan oleh pembangkang apabila kenyataan sedemikain bukan sahaja akan menyebabkan orang Melayu terus marah tetapi turut merupakan sokongan kepada pemimpin cauvinist untuk terus menghina kepimpinan utama negara kita. Adakah Anwar sedar semua ini ? -UtaraNews
No comments:
Post a Comment