PERMATANG PAUH - Seramai 600 murid dari Parlimen ini menerima sumbangan beg & alat tulis sekolah daripada UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan kerjasama TEKUN bagi meringankan beban keluarga mereka.Sumbangan tersebut disampaikan ini diadakan di SMK Prmtg Pasir hari ini.
Ketua UMNO Bahagian itu, Mohd Zaidi Mohd Said berkata soal pendidikan merupakan perkara paling penting dalam kehidupan dan kerajaan telah membelanjakan cukup banyak untuk memperbaiki sistem pendidikan kita .
Ia juga menjadi perjuangan utama kepimpinan baru UMNO Bahagian bagi memastikan tiada lagi anak-anak pelajar di Permatang Pauh yang tercicir dalam pendidikan akibat daripada faktor kemiskinan keluarga.
Beliau juga berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris murid berkenaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka," katanya.
Turut hadir ialah wakil Pejabat Pendidikan P.Pinang Cikgu Mohd Hassan , Pengerusi MIC Prmtg Pauh , Sdr Suresh , Ketua Pemuda Bahagian , Abu Bakar Sidek Zainul Abidin , Ketua Wanita Bahagian Pn Rosni Salleh & Ketua Puteri Bahagian Cik Nursyazana Bt Soberi .
Ketua Bahagian Mohd Zaidi Hj Mohd Said turut memberi sumbangan
wang tunai kepada 3 orang adik beradik yang baru menjadi
anak yatim bagi membeli baju dan kelengkapan sekolah .
No comments:
Post a Comment