SPEAKER DUN KERAJAAN DAP PUJI PERBAHASAN ADUN BN BERTAM @dzainalabidin




GEORGETOWN - Speaker Dun, Datuk Law Choo Kiang memuji cara perbahasan yang ditampilkan Adun Bertam, Shariful Azhar Othman dalam Sidang Dun Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata, setakat ini ia adalah perbahasan yang terbaik yang mempunyai teguran, cadangan dan memberi laluan kepada Adun lain untuk bangun mencelah dan menambahbaik isu yang dibangkitkan.

“Perbahasan yang amat bagus,” katanya sebaik sahaja Adun itu menamatkan perbahasan sebelum sidang sesi pagi berhenti rehat.

RSN Rayer (DAP-Sri Delima) ketika bangun mencelah berkata, rakannya itu adalah yang terbaik dengan mengemukakan pelbagai isu dan cadangan bernas.

“Saya berharap YB dapat sampaikan beberapa masalah rakyat kepada Kerajaan Persekutuan kerana nak minta Ketua Pembangkang (Datuk Jahara Hamid) tidak boleh sebab dia selalu marah saya.

“Saya minta YB sampaikan agar kerajaan dapat pertimbangkan semula isu kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik dan cukai jualan dan barangan (GST),” katanya.

Sebelum itu, Shariful dalam perbahasannya bertemakan 'Semangat Amat Sayangkan Pulau Pinang' mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana terus menyediakan peruntukan untuk melaksanakan prlbagai projek pembangunan di Pulau Pinang.

“Jambatan Kedua yang dibina dengan kos lebih RM4 bilion akan dibuka tidak lama lagi memberi limpahan kepada kawasan Batu Kawan dengan tanah  milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) berjaya dijual kepada pelbagai pihak untuk pelbagai jenis pembangunan.

“Ini bermakna Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan negeri ini dalam aspek pembangunan,” katanya.

No comments:

Post a Comment