PENJAGA PARKING DEMONTRASI DI DEPAN DUN P.PINANG BANTAH KERAJAAN DAP




PULAU PINANG 10 Dis. - Suasana di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang hari ini kecoh apabila kira-kira 20 penjaga tempat letak kereta mengadakan demonstrasi di luar pagar bangunan itu bagi membantah sistem baharu yang mahu dilaksanakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bermula tahun hadapan.

Sambil membawa kain rentang, kumpulan berkenaan turut melaungkan rasa tidak puas hati termasuk melabelkan pemimpin kerajaan negeri sebagai komunis kerana dilihat cuba menekan dan menindas rakyat - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment