PEMBELI RUMAH KOS RENDAH BUKIT GAMBAR TAK PUAS HATI EXCO KERAJAAN DAP TAK TEPATI JANJI
GEORGETOWN - Kira-kira 100 pembeli rumah kos rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir hadir ke pekarangan Dun bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.
Mereka yang tiba di luar pintu pagar Dun meluahkan perasaan tidak puas hati apabila terpaksa menunggu di pejabat pemaju sejak pagi semalam tanpa kehadiran wakil dari pejabat Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan seperti yang dijanjikan.
Wakil pembeli, Mohd Amin Abdul Kadir berkata, mereka diminta menunggu di pejabat syarikat pemaju berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari Dun sejak jam 8 pagi namun tiada wakil yang muncul.
“Kami rasa dipermainkan kerana wakil kerajaan negeri tidak hadir seperti yang dijanjikan. Kami sebagai rakyat memerlukan campur tangan wakil rakyat berikutan masalah kami seolah-olah ditipu pemaju.
“Kami tunggu di pejabat pemaju sejak jam 8 pagi, namun sehingga jam 3 petang, tiada wakil kerajaan negeri muncul sedangkan mereka dah janji. Mereka yang bagi tarikh supaya kami ke sana pada hari ini (semalam) untuk berbincang namun difahamkan wakil Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, ada mesyuarat sebab itu kami ambil keputusan untuk datang ke sini,” katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, mereka terkilan kerana sebelum ini kerajaan negeri pernah berjanji akan membantu untuk menyelesaikannya namun tidak seperti dijanjikan.
Kumpulan itu kemudian beredar selepas 15 minit berkumpul di hadapan Dun dan berpuas hati dengan tindakan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang berjanji akan membawa masalah mereka kepada Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, Jagdeep Singh Deo untuk diselesaikan.
Terdahulu, kumpulan itu meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tawaran yang diberikan pemaju di pejabat Jagdeep, 3 Disember lalu.
Difahamkan, kesemua mereka tidak berpuas hati dengan pemaju pangsapuri Centrio Avenue yang menawarkan pengubahsuaian pada rumah berkenaan dengan harga yang tinggi tanpa mendapat persetujuan mereka dengan kos kos RM59,000 serta mengenakan caj lot meletak kereta sehingga RM30,000.
Pangsapuri yang mempunyai 31 tingkat dan berkeluasan 650 kaki persegi serta mengandungi 780 unit itu dijangka dapat diduduki pada Mac tahun depan
No comments:
Post a Comment