KUALA LUMPUR 31 Dis - Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Jait hari ini berkata kerajaan negeri telah membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut Mokhtar, Guan Eng telah diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300.
Guan Eng mula menggunakan kenderaan yang berharga RM298,263.75 itu semalam.
“Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000.
“Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan," kata Mokhtar.
Sebelum ini, mesyuarat exco kerajaan negeri telah dan keputusan dibuat untuk pembelian kereta mewah.
“Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh Guan Eng akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee,” katanya.
No comments:
Post a Comment