GEORGETOWN - Adun Sri Delima, RSN Rayer dicabar mengulangi kenyataannya di luar dewan jika berani dan sedia bertanggungjawab mengenai tuduhannya terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor.
Cabaran itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) ketika Rayer menuduh Rosmah membazirkan wang rakyat dengan menggunakan pesawat persendirian untuk lawatan ke luar negara.
Beliau berkata, Rayer tidak wajar berselindung di dalam dewan untuk membuat tuduhan kepada orang yang tiada di situ untuk menjawab tuduhan itu.

"Saya cabar Adun Sri Delima mengulangi dakwaan itu di luar dewan," katanya.
Cabaran itu turut dibangkitkan oleh Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad tetapi tidak mendapat respon dari Rayer.
Sebelum itu, Rayer mempertikaikan kenapa wanita pertama negara itu tidak menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang lebih murah dan menjimatkan kewangan kerajaan.
"Kak Ros hanya membazir wang rakyat dengan menggunakan pesawat persendirian untuk ke luar negara. Dia takut naik MAS sebab rasa tidak selamat," katanya.
Adun itu juga membangkitkan mengenai pelbagai pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk gelanggang futsal yang terbiar dan tidak digunakan lagi.
"Di kawasan saya juga ada sebuah gelanggang futsal 1Malaysia yang tidak digunakan lagi. Ia kini jadi kandang lembu," katanya.

Rayer pakai putu mana ada teloq macam MP Surendran...
ReplyDelete