1MELAYU : MUSA TAK AKAN MINTA MAAF KEPADA GERAKAN @dzainalabidin




Datuk Musa Sheikh Fadzir bertegas tidak akan menyatakan sebarang permohonan maaf kepada mana-mana individu atau anggota organisasi termasuk parti Gerakan berhubung cadangannya menukar slogan 1Malaysia kepada 1Melayu.

 Beliau berkata, gesaan tersebut hanya merujuk kepada konteks Perhimpunan Agung Umno 2013 semata-mata dan tiada kaitan dengan konsep yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 " Tak payah nak jadi hero. Orang tahu siapa dia. Orang tahu siapa Gerakan di Pulau Pinang. Saya takkan minta maaf. "Pasal apa nak minta maaf? Saya tak buat salah.

 "Saya bukan kata nak tukar 1Malaysia dengan 1Melayu. Saya nak satukan orang melayu. Dia (Gerakan) dok kelam kabut buat apa.

 Beliau yang merupakan perwakilan Umno Negeri Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan Parti Gerakan yang tidak menyatakan sebarang pendirian mengenai kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menghina para peniaga Melayu di Pulau Pinang.

 "Baru-baru ni Jeff Ooi kata kucing kurap, mana suara Gerakan?

Bila orang kata ROS (Pendaftar Pertubuhan) anjing Umno mana suara Gerakan?," soalnya.

 Musa merujuk desakan Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang meminta pimpinan Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik semula cadangannya menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu.


 

1 comment:

  1. Baru tiga negeri diperintah pembangkang, kaum ni nak tunjuk lagak dan kurang ajar, sebut melayu atau islam mesti ditentang, semua parti bersatu tapi UMNO,PKR dan PAS masing-masing dengan ego mereka bila hendak bersatu macam Cina dan India. Jangan jadi Chinasia atau Indiasia

    ReplyDelete