PM bangga kerja keras jentera BN PRK Sg Limau




Perdana Menteri bangga dengan kerja keras calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan jentera parti telah berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperoleh calon pembangkang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, meskipun tewas.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menyatakan menerusi laman Twitter, beliau bangga dengan usaha dan semangat dipamerkan BN dan berharap usaha gigih itu dapat diteruskan tanpa berputus asa.



"Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai," katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau.

Sebelum ini, dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (PAS) menang kerusi DUN itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

1 comment:

  1. Alahai pemimpin umno .... mu tak sedor juga rupanya. Umno boleh menang sebenornya.... sehinggalah dia umum cina dapat juta juta. melayu tak perparti jadi menyampah semula. tak abis abis nak jaga cina. kamu tu parti cina ke atau parti melayu. belajorle jadikan umno memerentahkan kabinet. gunakan kekuatan dan kesempatan.datuk mukhriz bangunle dapatkan sokongan dalam dan luar umno.ulang semula malay dilema.

    ReplyDelete