KAKITANGAN SENDIRI DIGELAR KUCING KURAP , APA PULAK DENGAN RAKYAT ??




KUALA LUMPUR, 28 Nov. – Kepimpinan DAP terserlah sebagai tidak tahu menghargai golongan bawahan dan masyarakat tempatan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimennya dari Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun atas tindakan biadab menggelar penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’, kata Ketua

Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Siti Azmeera Azmi. Katanya, bayangkanlah jika seorang yang bergelar pemimpin melabel orang bawahannya yang terdiri dari kakitangan dalam pentadbirannya sendiri sedemikian maka bagaimana pula dengan rakyat biasa

 “DAP menjadi pentadbir dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang dan label ‘kucing kurap’ tersebut diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka maka secara langsung ia menunjukkan sikap kurang ajar pemimpinnya yang tak tahu menghormati apatah lagi untuk menghargai golongan bawahan,” katanya kepada UMNO-Online

 Dilaporkan, baru-baru ini, Ooi telah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pengawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

 “Kenyataan tersebut juga ada agenda di sebaliknya sebagaimana melihat jumlah penjawat awam itu sendiri yang lebih ramai dianggotai oleh orang Melayu maka sebutan ‘kucing kurap’ juga adalah berbaur rasis yang ditujukan kepada bangsa Melayu juga.

 “Label negatif sedemikian ini juga menunjukkan nilai kepimpinan yang secara tidak langsung menggambarkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang gagal menggambarkan nama baik atau mendukung konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).”

 Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Jelutong merasakan perbuatan melabel orang lain sebagai ‘kucing kurap’ juga adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

 “Ini adalah penghinaan kerana kita semua tahu makna ‘kucing kurap’ itu sendiri,” katanya.

 Tindakan negatif terhadap penjawat awam bukanlah perkara baru membabitkan Dap kerana sebelum ini Tony Pua selaku Ketua Publisiti DAP dilaporkan telah menyuarakan berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat yang kemudiannya telah dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment