JAMBATAN KEDUA P.PINANG SUDAH MENERIMA BEKALAN ELEKTRIK

Keadaan jambatan kedua Pulau Pinang selepas disalurkan bekalan elektrik malam Rabu.
BATU KAWAN: Jambatan Kedua Pulau Pinang mula menerima bekalan elektrik secara rasmi pada jam 8.10 malam Rabu yang disalurkan dari dua substesen Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Penyaluran bekalan elektrik itu disempurnakan Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Mohd Zahir Md Nagor dan Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Ir Dr Datuk Ismail Mohamed Taib.
Majlis bersejarah itu juga turut disaksikan kira-kira 150 kakitangan TNB, JKSB serta petugas media.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, bekalan elektrik untuk Jambatan Kedua disalurkan dari dua substesen TNB iaitu dari sini dan Batu Maung di bahagian pulau

No comments:

Post a Comment