PULAU PINANG 6 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menandatangani perjanjian awal projek mega terowong dasar laut walaupun kajian kemungkinan dan kerja-kerja reka bentuk terperinci (FSSD) belum diluluskan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, projek berkenaan perlu menunggu laporan kesan penilaian alam sekitar (EIA) yang dijangka mengambil masa selama satu tahun setengah untuk disiapkan.
Sekiranya tidak diluluskan, projek berkenaan tidak akan diteruskan manakala bayaran sebanyak RM6.3 bilion tidak akan dibuat menerusi wang tunai sebaliknya melibatkan kira-kira 44.5 hektar tanah tebus guna di Tanjong Pinang.
Saya pun tidak pasti sama ada projek ini akan berjaya dilaksanakan atau sebaliknya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian projek mega berkenaan antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan syarikat Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., China Railway Contruction Corporation Bhd. dan Beijing Urban Construction Group di sini hari in
Inilah dia salah satu cara nk musnahkan melayu penang dan melayu malaysia amnya. Tanah ini pasti tergadai!! Sedikit demi sedikit tiada lagi tanah melayu di penang.. Rancangan terperinci yg jahat.
ReplyDelete