FILEM TANDA PUTERA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DI P.PINANG





Di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung supaya tidak menayangkan filem patriotik Tanda Putera atas alasan keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pada hari pertama tayangannya di negeri ini.

 Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru mendapati, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.

 Seorang petugas kaunter yang dikenali sebagai Miza berkata, bagi slot tayangan tersebut, sebanyak 160 tempat ditawarkan yang mana lebih 100 telah ditempah.

 " Jualan tiket pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan malam. 

"Bagi slot tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan sehingga sekarang, sebanyak 20 peratus telah dibeli," katanya.

No comments:

Post a Comment