Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat kesahihan dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri itu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini kementerian belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan itu.
"Kami masih lagi menyiasat. Ini satu perkara yang amat serius dan melanggar etika kedoktoran. Doktor dilatih merawat sesiapa sahaja tak kira miskin, kaya, tua muda...memang malang sekali (jika dakwaan ini benar-benar berlaku).
"Saya rasa tak timbul masalah doktor rasis ini. Mungkin berlaku salah faham, mungkin bahasa yang digunakan oleh doktor itu tak betul dan tidak tepat menyebabkan orang yang mendengar anggap sebagai rasis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ihya' Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) bersama Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Masjid Jamek Al-Ehsan di Balik Pulau semalam.
Turut hadir Pengerusi Perda Shabudin Yahaya, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Nordin Ahmad dan Adun Pulau Betong Muhamad Farid Saad.
Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang meminta Kementerian Kesihatan menyiasat kesahihan dakwaan tiga doktor berbangsa Cina yang didakwa bersikap rasis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan.
Isnin lepas, Lim dalam kenyataan menggesa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.
Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata jika dakwaan itu benar, kementerian akan memanggil ketiga-tiga doktor terlibat dan memberi nasihat kepada mereka.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang awal bulan ini menyaksikan pertikaman lidah antara RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman.
Kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertelagah setelah Rayer mendakwa Roslan cuba mencetuskan isu perkauman apabila mengutarakan mengenai isu tiga doktor berbangsa Cina yang tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan.
Lim ketika menggulung perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri pada persidangan DUN itu turut meminta pembangkang negeri ini mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.
- Bernama

No comments:
Post a Comment