Warga tua antara enam pesakit terima layanan kasar di Hospital Kepala Batas
Kepala Batas: “Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.
Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini.
Kepala Batas: “Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.
Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini.
Tak patuh jadual rawatan
Hamid mendakwa, ketika dia ingin mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan, seorang doktor mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi dan bodoh’ terhadapnya disebabkan tidak mengikut jadual rawatan yang betul.
“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.
Sidang media itu dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, bagi menampilkan empat pesakit yang mengaku menerima layanan buruk daripada doktor di hospital kerajaan di negeri ini.
Selain Hamid, tiga lagi pesakit lain yang hadir semalam ialah Mariani Mansor, 22, Shahidah Saad, 27 dan Nor Zawani Zakaria, 28.
Kehadiran mereka bagi membuktikan perkara yang dibangkitkan Roslan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini adalah benar.
Tiada etika kedoktoran
Roslan berkata, mereka adalah antara enam pengadu yang memaklumkan ada doktor yang tidak mematuhi etika kedoktoran kerana bertindak kasar dengan tidak memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.
Katanya, beliau mengetengahkan perkara berkenaan untuk perhatian wakil rakyat serta meminta Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan menyiasat perkara itu sama ada benar atau tidak.
“Beberapa pesakit menemui saya mengadu mengenai perkara ini dan saya mengambil kesempatan mengemukakan perkara ini pada sidang DUN untuk perhatian wakil rakyat, namun mendapat tentangan wakil rakyat pakatan pembangkang,” katanya.
Datuk Seri S. Subramaniam & Datuk Seri Hilmi Yahaya, sila ambil tindakan sewajarnya kepada kakitangan tersebut.
ReplyDeleteDatuk Seri S. Subramaniam & Datuk Seri Hilmi Yahaya
ReplyDeletesila ambil tindakan yang sewajarnya terhadap kakitangan tersebut.
Saya percaya andaikata penumbuk pak ck ni hinggap kat muka Dr Cina tu...seantero dunia akan berkokok. Silap-silap kena hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup aka 4 budak melayu yg pukul budak china judi tu.