UMNO P.Pinang hulur sumbangan keluarga mangsa tragedi runtuhan @dzainalabidin



Keluarga Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai hilang dan tertimbus dalam lubang yang terbentuk selepas rod penebat kilat jatuh dari puncak Menara UMNO di Jalan Macalister Khamis lalu berpuas hati dan menghargai semua pihak terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sepupu Chin Aik, Roy Tan Kok Hor, 51, berkata, mereka menerima ketentuan yang berlaku biarpun kejadian tersebut amat menyedihkan.

Menurutnya, ketika ini mereka sedang mengatur untuk mengadakan upacara keagamaan buat Chin Aik.

"Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan apa yang menimpa keluarga kami. Kami amat menghargainya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Roy mengiringi isteri Chin Aik, Lee Chai Song, 44, menerima sumbangan daripada UMNO yang disampaikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengumumkan penubuhan jawatankuasa inkues sebagai langkah terbaik bagi menentukan status mangsa selepas kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan, selain mendapat persetujuan keluarga.

Dalam kejadian ribut terburuk yang pernah melanda negeri ini, dua terbunuh manakala lapan kenderaan lain di Jalan Macalister dihempap runtuhan rod konkrit penebat kilat berkenaan dan membentuk lubang besar.

4 comments:

  1. Cina mati hari ni esok dapat- Yang Melayu kena jambatan runtuh ape cerita.Saya amat berharap agar waris kepada Melayu tersebut menyaman pihak yg cua

    ReplyDelete
  2. Erm... macamana pulak dengan keluarga mangsa runtuhan susur keluar jambatan kedua pulau pinang di batu maung? takdak apa-apa sumbangan ka dari pihak umno? kalau ada tu... alhamdulillah la....

    ReplyDelete
  3. Tak serik-serik lagi ka? Cepat betoi kita bertindak bila depa kena. Orang2 macam kita? Bagai melukut di tepi gantang.

    ReplyDelete
  4. Kenapa UMNO pula yang sibuk menghulur bantuan. Menara itu bukan hak milik UMNO. Tuan punya bangunan adalah JKP Sdn Bhd. Antara UMNO dan JKP Sdn Bhd tiada ada apa2 hubunganan. Nama UMNO sahaja yang diguna unutk menara tersebut. Jadinya kenapa UMNO pula yang hendak menunjukan seolah olah menara itu milik mereka. UMNO jangan hendak menipu orang melayu dengan berlagak seolah menara itu milik UMNO. Cukup orang melayu ditipu oleh UMNO PP dengan meletakan nama UMNO pada menara tersebut seolah menara itu kepunyaan UMNO.Penipuan harus dibongkar tentang sejarah menara itu dibangunkan. Ini kerana tanah dimana menara tersebut dibina adalah tanah wakaf. Apakah UMNO mempunyai kuasa diatas tanah wakaf atau Majlis Agama yang mempunyai kuasa.

    ReplyDelete