KERAJAAN DAP HALANG WARTAWAN BUAT LIPUTAN SIDANG DUN




GEORGE TOWN: Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan,"  katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis "Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baharu untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baharu dan usul yang lama  telah tamat tempoh," katanya.

1 comment:

  1. minta tlg share Mintak tolong BN & Dato' Seri Najib selamatkan Kg Pmtg To' Suboh, MK 14, Alma Pulau Pinang yg minta bantuan penempatan baru krn duduk di atas tanah Distinct Class yg beri notis pengusiran pd 7 Mei 2013.Kenapa UMNO meninggalkan mereka di saat mereka memerlukan bantuan? ADA konspirasi tentang pengusiran penduduk kg ....syarikat tuan punya tanah tak wujud DLM ROS....LAWYER syarikat adalah YB adun KULIM...ndia kg buah pala ditawarkan Banglo RM250000 atas tanah TOL..kmi ditatawarkan rm15000 utk ditukarkan dgn rumah kami....Tak sanggup nak lihat tok kami,mak ayah kami dan saudara kami menghadapi hari tua tanpa rumah sendiri krn rumah di kg kami akan dirobohkan sila share dgn kawan kawan untuk tanda sokongan terima kasih

    ReplyDelete