BUTTERWORTH 28 Jun - Lebih 2,000 penduduk di Rumah Pangsa Sri Bagan, Bagan Dalam di sini mengalami kesulitan kerana kerosakan dua motor yang menggerakkan pam air di rumah pangsa di sini sejak dua minggu lalu.
Ini menyebabkan bekalan air terputus sehingga menyukarkan kehidupan seharian mereka.
Dakwa penduduk, biarpun masalah itu telah dimaklumkan kepada syarikat penyelenggara yang dikawal selia oleh Jawatankuasa Pemandu Sendirian Berhad (JKPSB) beberapa kali sebelum ini, namun masalah itu masih belum diselesaikan.
Tidak tahan dengan sikap JKPSB yang dilihat tidak prihatin dengan masalah mereka, sebanyak 200 penduduk rumah pangsa berkenaan membuat bantahan aman di pekarangan kediaman mereka hari ini.
Bantahan itu bagi meminta pihak pengurusan JKPSB segera membaiki motor yang rosak supaya bekalan air dapat dibekalkan kepada penduduk di situ.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk perumahan berkenaan, Rosli Hassan, 54, berkata, sepatutnya JKPSB memantau syarikat yang dilantik menyelenggara air di perumahan berkenaan termasuk segera menukar pam yang rosak.
"Sebelum ini dua pam digunakan untuk mengepam air ke tangki di tingkat 13 sebelum disalurkan ke 464 buah rumah penduduk yang terdapat di sini.
"Setelah pam itu rosak, kesemua penduduk mengalami masalah bekalan air hingga menjejaskan keperluan seharian mereka," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ahli Jawatankuasa persatuan itu, Shukur Che Ad, 52, berkata, masalah gangguan air telah lama berlarutan di perumahan ini termasuk dua kali berlaku dalam bulan ini sahaja.
"Penduduk terpaksa mengangkut air dari Masjid Jamek Bagan Dalam yang terletak di blok bawah, selain berebut menadah air dari paip salah sebuah rumah yang tidak berpenghuni di tingkat satu blok A yang masih mempunyai bekalan air untuk kegunaan seharian.
"Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segera bagi mengelak lebih banyak tekanan dialami oleh penduduk terutamanya yang mempunyai anak ramai dan tinggal di tingkat atas flat itu," katanya.
Suri rumah, Bibi Yahaya, 45, berkata, ketiadaan air telah menyebabkan keluarganya mengalami masalah kerana air merupakan keperluan harian.
"Sebagai suri rumah kami terpaksa menggunakan air yang banyak untuk persediaan memasak dan membasuh serta kegunaan lain untuk mandi-manda.
"Jika masalah ini berlarutan tentunya ia amat memenatkan kerana terpaksa mengangkut air dari bawah," katanya yang tinggal di tingkat lapan flat berkenaan.
Penduduk, Rafeah Salim, 53, berkata, sepatutnya pihak penyelenggara yang diberi tanggungjawab menjaga bangunan ini prihatin dengan keadaan penduduk yang telah lama terputus bekalan air.
"Jika tahu motor rosak baiki segera atau tukar yang baharu kerana kami difahamkan peruntukan telah disediakan di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan 1Malaysia seperti mana yang diumumkan sempena lawatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ke sini akhir tahun lalu.
"Jika mereka prihatin sudah tentu perkara ini tidak akan berlarutan dan penduduk tidak mengalami masalah terputus bekalan air seperti mana dialami sejak dua minggu lalu ini," katanya.
minta tlg share Mintak tolong BN & Dato' Seri Najib selamatkan Kg Pmtg To' Suboh, MK 14, Alma Pulau Pinang yg minta bantuan penempatan baru krn duduk di atas tanah Distinct Class yg beri notis pengusiran pd 7 Mei 2013.Kenapa UMNO meninggalkan mereka di saat mereka memerlukan bantuan? ADA konspirasi tentang pengusiran penduduk kg ....syarikat tuan punya tanah tak wujud DLM ROS....LAWYER syarikat adalah YB adun KULIM...ndia kg buah pala ditawarkan Banglo RM250000 atas tanah TOL..kmi ditatawarkan rm15000 utk ditukarkan dgn rumah kami....Tak sanggup nak lihat tok kami,mak ayah kami dan saudara kami menghadapi hari tua tanpa rumah sendiri krn rumah di kg kami akan dirobohkan sila share dgn kawan kawan untuk tanda sokongan terima kasih
ReplyDelete