Wakil rakyat kerajaan PR patut sudah buat kerja bukan terus berkempen - NGO



PULAU PINANG 8 Mei - Sikap pembangkang yang terus mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dikesali kerana mereka sepatutnya membentangkan kepada rakyat perancangan mereka selepas ini.

Pengerusi Kelab Setia 1Malaysia Pulau Pinang, Lim Boo Chang berkata, pembangkang seolah-olah masih 'terus berkempen' sedangkan rakyat telah pun memberi mandat kepada mereka sama ada menjadi wakil rakyat atau sebagai pentadbir kerajaan negeri.

"Saya terkejut kerana selepas tamat PRU-13, pembangkang seolah-olah terus berkempen untuk pilihan raya umum akan datang.

"Sepatutnya wakil rakyat dan pemimpin kerajaan negeri buat kerja, bukan serang pihak-pihak yang terlibat menjalankan proses pilihan raya umum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment