Najib angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia petang ini di Istana Negara





PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri petang ini.
Beliau dijangka mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada pukul 3 petang.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mencatatkan kemenangan 133 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang berlangsung pada Ahad.
Terdahulu pagi Isnin, Najib menghadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan keputusan BN yang menunjukkan parti komponen itu memperoleh 133 kerusi Parlimen sekaligus berjaya membentuk kerajaan pusat.

No comments:

Post a Comment