Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.
“Saya mendesak dan
mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan, you balik
Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas
undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election
fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”katanya kepada
TV3.
Menurutnya, Anwar
perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih
dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa
dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata.
“Dia (Anwar) ni
ibarat peribahasa Melayu kata, ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya
lagi
No comments:
Post a Comment