PKR yakin Chegubard boleh membawa perubahan untuk rakyat Sg Acheh





  GEORGETOWN - Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai CheguBard akan bertanding di kawasan Dun Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Sinar Harian.

Mansor berkata, PKR negeri memutuskan untuk kekal bertanding di kerusi berkenaan dan berharap calon yang diletakan akan membawa perubahan di Sungai Acheh dan seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat.

Pada PRU12, CikguBard bertanding di kerusi Parlimen Rembau, Negeri Sembilan dan tewas kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment