Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk menamatkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata, sejak dalam UMNO, Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melakukan apa saja dan hasrat itu diteruskan selepas dibuang dari UMNO.
Katanya, ketika menyertai UMNO, ketua pembangkang itu bukannya memperjuangkan agama dan bangsa tetapi cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.
Kuburkan karier Kit Siang
“Dulu, waktu dia baru tiga hari masuk UMNO, dia minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu jawatan Naib Presiden, kemudian Timbalan Presiden. Bila bagi jawatan Timbalan Menteri, dia persoal kenapa tak bagi jawatan menteri penuh, sampai saya selaku Presiden sendiri pun dia nak lawan.
“Sekarang belum menang PRU-13, dia tergila-gila nak jawatan Perdana Menteri. Beliau memang pakar kalau tunjuk perasaan. Dulu jadi dalang demonstrasi pada 1974 kononnya rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999 berlaku demonstrasi, sekarang demonstrasi BERSIH pula,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap hampir dua jam pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas di sini, malam kelmarin.
Dr Mahathir juga meminta rakyat Johor menjadikan PRU-13 sebagai ‘kubur’ kepada karier politik Kit Siang (Penasihat DAP) jika beliau bertanding di negeri kubu kuat UMNO itu.
“Kalau Kit Siang berani datang sini, orang Johor mesti ganyang dia habis-habisan. Biar itu menjadi hari terakhirnya dalam politik. Jika nak bertanding di tempat lain, kita faham tapi nak serang kubu besar UMNO di Johor, satu perbuatan yang tak masuk akal.
“Rakyat Johor mesti pastikan Kit Siang kalah di Johor sebab dia dah lama sangat. Dia kata ‘ubah’ (kerajaan) tapi sepatutnya dia yang patut diubah, dah lama sangat... sejak 1964. (Dalam tempoh itu) UMNO sudah enam kali bertukar kepemimpinan sejak zaman Tunku Abdul Rahman,” katanya.
PAS kafirkan UMNO
Mengenai Nik Aziz, Dr Mahathir berkata, Mursyidul Am PAS itu menggelar dirinya ulama tetapi tergamak menyatakan Tuhan mencarut serta menyamakan Nabi Muhammad SAW seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulidur Rasul.
“PAS juga pernah kafirkan UMNO kerana kerjasama dengan orang bukan Islam, tetapi sekarang PAS bekerjasama dengan orang bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata, hakikatnya PAS ditubuh sekumpulan pemimpin berlatar belakang agama keluar UMNO, bukan disebabkan agama tetapi kerana kecewa apabila Tunku hanya peruntukkan satu tempat dalam Dewan Perundangan daripada 10 diminta mereka ketika itu.

No comments:
Post a Comment